Posted by: tasbih | July 13, 2007

BAB 2: TIDAK ADA PERKATAAN POLITIK (SIASAH) DALAM AL QURAN

Setakat ilmu yang ada pada saya sehingga saat menulis buku ini, perkataan siasah (politik) itu tidak ada di dalam Al Quran. Di dalam Hadis pun, saya belum pernah lagi jumpa. Tetapi bila kita buka kamus bahasa Arab, memang ada dalam bahasa Arab istilah ‘siasah’ yang diterjemah ke bahasa Melayu sebagai politik, yang bererti ilmu pentadbiran dalam berbagai urusan.

Al Quran langsung tidak menyebut perihal politik ini. Yang ada, antara lain ialah suruhan agar manusia berfikir, mengkaji, mengambil iktibar, mendidik, mengawal, berjuang dan berbuat. Lebih-Iebih lagi politik sekular ala Barat yang kotor itu, sudah tentu tidak ada arahan untuk melaksanakannya. Walhal sikap umat Islam kini terhadap politik pilihan raya bagaikan candu, yang tidak boleh tidak mereka terlibat sama. Seolah-olah berpolitik lebih besar dari sembahyang. Konon, mereka terpaksa melibatkan diri dalam politik sekular kerana takut negara terlepas ke tangan orang kafir atau orang jahat atau kerana ingin menegakkan hukum-hukum dan undang-undang Tuhan melalui politik. Walhal menyertai politik ala Barat itu sendiri sudah pun melanggar satu daripada hukum-hukum Allah.

Adakah Allah terima seorang yang melanggar hukum-Nya dengan maksud mahu menegakkan hukum-Nya yang lain? Akan sampaikah seorang itu ke rumahnya kalau ia mengikut jalan ke rumah orang lain?

Di dalam Al Quran, Allah SWT tidak menyebut ‘siasah’ tetapi yang jelas dan tegas ada menyebut perkataan ‘hizbun’ yang bererti parti atau jemaah atau kumpulan. Allah juga menyenaraikan sifat-sifat parti yang dinamakan Parti Allah itu. Firman-Nya:

Maksudnya:

“Sesungguhnya pemimpin kamu hanyalah Allah dan Rasul-Nya dan orang mukmin iaitu orangorang yang mendirikan sembahyang dan mengeluarkan zakat, dan mereka adalah orang-orang yang rukuk (tunduk dan patuh pada perintah Allah). Barang siapa yang memilih Allah, Rasul dan orang mukmin (sebagai pemimpin), maka sesungguhnya itulah Parti Allah. Merekalah yang akan berjaya.”

(AI Maidah: 55-56)

Rasulullah pun ada menyebut perkataan (istilah) yang sama maksudnya dengan parti itu, iaitu perkataan jemaah dan toifah. Saya turunkan tiga Hadis tentang ini:

Maksudnya:
“Wajib ke atas kamu beljemaah, sesungguhnya tangan (bantuan) Allah Taala bersama jemaah.” Sabda Rasulullah lagi Maksudnya: “Berjemaah itu rahmat dan berpecahbelah itu azab.” (Riwayat Al Baihaqi)

Maksudnya:
Akan sentiasa ada satu toifah di kalangan umatku yang dapat menzahirkan kebenaran dan mereka tidak dapat dirosakkan oleh orang -orang yang menentangnya sehinggalah datang perintah Allah. ” (Riwayat Al Bukhari dan Muslim)

Berdasarkan ayat Quran dan Hadis-Hadis di atas, saya akan cuba mentafsirkan konsep berparti dan berpolitik menurut Islam. Yang ianya amat berbeza sekali dengan konsep parti dan politik Barat, yang diikut oleh umat Islam hari ini.

Jemaah atau parti bila digabungkan dengan pentadbiran, mendidik, mengurus, mengawal dan memperluas itulah yang dikatakan parti politik. Berjemaah atau berparti itu wajib hukumnya. Kerana, itulah kekuatan kita. Yakni, bila kita bersatu memegang tali Allah, berbaris bagaikan batu-bata yang tersusun kukuh, kita akanjadi kuat. Allah berfirman:

Maksudnya:
“Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang di jalan-Nya dalam satu pasukan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh.” (As Saf: 4)

Bagaimana proses penubuhan parti atau jemaah Tuhan ini? Adakah ia bermula dengan undian memilih pemimpin, kemudian berkempen menambah ahli, yang setiap ahli disyaratkan mengisi borang dan membayar yuran, kemudian diwajibkan pergi mengundi semasa pilihan raya?

Tidak! Jemaah Islam diikat oleh tali Allah, yakni hukum Tuhan yang lahir mahupun yang batin. Siapa saja yang menerima, menghayati dan mengamalkan hukum Tuhan, maka itulah dia ahli jemaah atau Parti Tuhan walaupun ia tidak menubuhkan organisasi parti.

Pemimpinnya bukan dilantik kerana sijil atau melalui undian angkat tangan. Tetapi diukur pada ilmu, iman, taqwa, amalan, pengorbanan dan kemampuan mendidik dan memimpin. Siapa yang paling banyak memiliki sifat -sifat tersebut melebihi dari yang lain, maka tanpa undian, dialah yang layak. Dia diterima oleh hati, bukan ditunjuk oleh jari, yang memungkinkan dia ‘dibeli’. Diikat dengan tali Allah itu ialah sama-sama percayakan Tuhan dan takutkan-Nya. Oleh kerana mereka terima dengan hati, maka pengikut sanggup mentaati. Oleh itu orang-orang yang iri hati menuduh pengikut seperti ini fanatik. Oleh kerana setiap hari menerima kepimpinannya, maka jawatan itu terus dipertanggungjawabkan kepadanya seumur hidup, selagi dia masih mampu. Gambarkan bagaimana perlantikan rasul-rasul sebagai pemimpin. Begitu juga dengan Khulafaur Rasyidin dan para mujaddid.

Pemimpin parti atau jemaah Tuhan menambah ahli melalui motivasi dan pendidikan. Pendekatan adalah melalui kasih sayang. Bilamana bertambah orang yang sudah mahu pada Islam, menjalankan hukum-hukum Allah dalam diri, keluarga dan masyarakat sama ada hukum fardhu ain atau fardhu kifayah, maka bertambahlah ahli jemaah. Kecintaan pada Allah dan hukum-hakam-Nya, sekaligus menambat hati dan mengikat kasih sayang antara pengikut dan pemimpin serta sesama pengikut. Jalinan ukhwah terbina kian kukuh dan erat. Berkat iman dan Islam yang diamalkan dan diperjuangkan, Allah menyatukan hati-hati anggota jemaah. Bukan senang untuk bersatu hati ini. Ahli-ahli jemaah itu dilihat oleh orang bukan Islam, penuh kasih sayang. Mereka pun rasa tenang dan iri hati (cemburu). Sebab itu Allah berfirman:

Maksudnya:
“Kalau kamu belanjakan harta sebanyak isi bumi (untuk menyatukan hati-hati manusia), nescaya tidak dapat kamu jinakkan. Sebaliknya Allah-lah yang menyatukan hati-hati mereka.” (Al Anfal: 63)

Ukhwah adalah benteng penguat umat Islam sesudah iman. Ia amat penting, tetapi amat sulit diperolehi. Ia me merlukan seorang pemimpin yang tinggi wibawanya. Bukan boleh dibuat-buat. Ia bukan sifat fizikal dan akal tetapi sifat hati, yakni sifat batiniah dan maknawiah. Ukhwah adalah cetus an dari kasih sayang yang tumbuh di dalam hati, hasil zikir, mujahadah dan membersihkan hati kerana Allah. Hasil cinta dan takutkan Allah. Kalau bersatu hanya secara fizikal, itu bukan ukhwah. Tentang itu, ada ayat Quran memberitahu:

Maksudnya:
“Kamu menyangka mereka bersatu tapi sebenarnya hati mereka berpecah-beIah.” (AI Hasyr: 14)

Orang-orang yang tidak memperjuangkan iman dan Islam, hidup bagaikan enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Walaupun berada dalam satu parti atau barisan perjuangan tetapi hati berpecah belah, maka ia tidak dianggap bersatu. Tanpa ukhwah yang kuat, hakikatnya tidak wujud Parti Allah. Yang ada hanya kumpulan atau persatuan.

Hasil didikan dan pimpinan pemimpin, anggota parti atau jemaah mempunyai cara berfikir dan perasaan serta tindakan yang selaras. Kesefahaman dan keselarasan ini akan membuatkan mereka melakukan tindakan yang sama, ada rasa bersama dan sikap bekerjasama. Mereka taat kepada sebarang arahan. Sikap inilah yang memungkinkan parti atau jemaah mempunyai tenaga-tenaga yang akan membangunkan hukum-hukum fardhu kifayah dan sistem hidup Islam secara syumul dalam jemaah.

Wang memang penting. Ia merupakan kekuatan tambahan yang utama. Sebab itu Rasulullah membangunkan Suqul Ansar di Madinah dengan dipimpin oleh Sayidina Abdur Rahman bin Auf. Ekonomi Islam itu akhimya membunuh ekonomi Yahudi (kapitalis). Jemaah Islam tidak bersandar dengan wang dari poket orang lain, apalagi dari musuh, seperti meminjam dari institusi kewangan orang lain atau dari golongan lain terutama musuh jemaah.

Ahli-ahli Parti Allah sanggup kosongkan poket mereka demi menegakkan hukum Allah. Para Sahabat memilih miskin bersama Rasulullah demi mengkayakan parti. Mereka berkorban di dunia demi merebut janji Allah di Akhirat. Mereka sebagai anggota Parti Allah sangat patuh kepada Allah, Rasul dan pemimpin.

Hidup dalam parti atau jemaah Allah sungguh terasa rahmat. Laksana satu keluarga penuh rahmat. Sedangkan di luar Parti Allah ini, manusia hidup penuh azab. Apakah rahmat dan azab yang dimaksudkan oleh Hadis itu?

Dari sudut duniawi, dengan hidup berjemaah kita tidak rasa keseorangan dan kesempitan, walaupun di waktu kesusahan. Susah sama susah, senang sama senang. Sebab kita punyai ramai kawan yang mengasihi dan memahami kita. Mereka akan memberi pertolongan sama ada dalam bentuk fikiran, nasihat, pujukan, hiburan, wang, tenaga atau apa juga yang kita perlukan. Hidup berjemaah sama-sama senang, sama-sama susah, sama-sama berkorban, sama-sama membangun, sama-sama berhadapan dengan musuh dan yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. Sedangkan tanpa jemaah, biasanya kita ketawa beramai, menangis sendirian.

Di sudut ukhrawi, jemaah membuatkan kita bertenaga dan terkawal untuk beramal dengan hukum-hukum Tuhan. Kita akan lebih rajin sembahyang di awal waktu dan secara berjemaah, senang menderma, mampu menutup aurat walau di mana dan sering teringat Akhirat. Sedangkan tanpa jemaah, kita lebih mudah cuai dan meninggalkan sembahyang, buka aurat, cinta dunia, bakhil dan lain-lain; seterusnya tenggelam dalam arus jahiliah.

Toifah atau jemaah atau Parti Allah, walaupun tanpa kuasa memerintah tapi sudah berjaya memerintah ahli-ahlinya supaya membangunkan sistem Islam. Segala sistem hidup dapat ditegakkan oleh mereka kecuali sistem ketenteraan dan sistem kehakiman (mahkamah). Sebab hanya dua sistem ini yang ditegah perlaksanaannya di dalam jemaah oleh pihak pemerintah negara.

Selain yang dua ini, Parti Allah sudah mampu menegakkan sistem sosial, pentadbiran, ekonomi, pendidikan, kesihatan, kebajikan, penerangan, motivasi dan perhubungan, media massa, pertanian, ternakan, sains dan teknologi, pembangunan dan lain-lain lagi. Dan semua inilah yang dikatakan politik atau siasah.

Ya, Parti Allah mesti mampu menegakkan hukum walaupun tanpa kuasa memerintah yang rasmi. Mereka ada kuasa memerintah tidak rasmi dan kuasa ekonomi dan lain-lain yang cukup untuk membuatkan mereka bagaikan kerajaan kecil di dalam kerajaan besar. Kuasa itu dari Allah, diberi kepada hamba-hamba-Nya untuk memperlihatkan betapa gah dan hebatnya Parti Allah.

Sebab itu Parti Allah sangat ditakuti oleh pemerintah yang berkepentingan. Kuasa dan kedudukan mereka (Parti Allah) diancam oleh ulama yang hasad dengki, yang ada kuasa tetapi tidak ada pengikut. Melihat mereka, rakyat menjadi kian merindui pemerintahan Islam yang adil dan baik. Yang sebenarnya Parti Tuhan itu, orang bukan Islam pun senang hati. Lihat, Parti Allah, melalui politik (pentadbiran) Islam telah membuka pintu daulah Islamiah, walaupun mereka tidak berkempen ke arah itu.

Tidak melaungkan negara Islam bukan bererti tidak mahu negara Islam. Umpama orang yang sibuk hendak anak, sanggup dia berkahwin. Ada yang sibuk hendak anak tapi tidak berkahwin. Perjuangan parti atau jemaah Allah, bukan setakat negara Islam yang mereka impikan. Bahkan seluruh muka bumi ini mahu diislamkannya. “Kita mesti ambil kembali dunia ini dari tangan orang yang tidak fikir Tuhan, Islam dan Akhirat.” Begitu cita-cita dan azam mereka, kerana merebut janji Allah seperti berikut:

Maksudnya:
“Sesungguhnya telah Kami tuliskan di dalam kitab Zabur sesudah peringatan (di Luh Mahfuz): Bahawa bumi ini akan diwarisi oleh hamba-hamba-Ku yang saleh.” (AI Anbiya: 105)

Sebab itu perjuangan Pari Allah tidak dibatasi oleh sempadan dan geografi. Mereka punya strategi perjuangan yang licik yang Allah ilhamkan. Prinsip perjuangan mereka: hendak tangkap pelanduk, jangan sampai pelanduk tahu. Permainan dan tipu daya serta sikap jahat musuh dapat mereka patahkan dengan lebih bijak, hingga musuh buntu bagaimana menghadapi mereka. Musuh pernah menghalau Rasulullah dari Mekah, dengan tujuan untuk menghancurkan parti Rasulullah itu di Mekah, tetapi parti itu hidup di Madinah. Rupa-rupanya, itulah detik-detik kemenangan bagi parti tersebut. Siapa duga bahawa keluarnya Rasulullah dari Mekah ialah untuk menyusun barisan yang lebih gagah, supaya dapat kembali ke Mekah bersama kemenangan? Demikian Parti Allah menipu musuhnya. Semua ini berlaku dengan bantuan Allah secara lahiriah dan ghaib (maknawiah). Parti Allah dengan pimpinan Allah pasti menang. Kemenangan ini dijanjikan dan dijamin. Allah dan Rasul tidak mungkir janji atau tersalah cakap. Bentuk kemenangan duniawi dan ukhrawi untuk mereka, bergantunglah sama ada di tahap toifah atau daulah atau ummah.

Itulah Parti Allah. Parti yang menjadikan Allah, Rasul dan orang mukmin sebagai pemimpinnya. Mereka sangat taat pada Allah, Rasul dan Ulil Amri. Kerana begitulah perintah Allah SWT:

Maksudnya:
“Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan Rasul serta pemimpin di kalangan kamu.” (An Nisa: 59)

Parti Allah mengikat ahli dengan takutkan Allah, hukum Allah, dengan sembahyang, zakat serta patuh dan taatkan Allah. Mereka bersatu seperti bersaudara dalam satu keluarga dari seorang ibu dan ayah. Mereka selaras dalam bertindak menegakkan hukum. Ini kerana insaniah mereka terbangun sebelum memulakan pembangunan material. Mereka berkuasa sebelum dapat kuasa. Kaya sebelum dapat khazanah negara. Memerintah seperti pemerintah. Mereka ditaati walaupun tanpa akta. Mereka membina sistem Islam di atas kelemahan system jahiliah. Musuh amat takut kerana bagi Parti Allah ini, setiap halangan bererti baja kemenangan. Di tangan mereka ada anak kunci daulah Islamiah jangka panjang. Dan mereka pasti menang. Para alim ulama iri hati kerana tidak ada pengikut seperti itu. Bahkan mereka hasad dengki.

Sungguh Parti Allah menuju daulah melalui landasan pentadbiran (politik Islam). Ia lebih bijak, sistematik dan suci bersih. Parti Allah boleh muncul di sebarang zaman, termasuk zaman ini. Bahkan ia lebih mudah terbentuk di zaman demokrasi yang sudah gagal dan lemah sekali. Komunis pun sudah punah dan kapitalisme sedang tenat menuju kematiannya. Dunia mahu alternatif yang boleh melepaskan mereka dari sistem yang ada yang menggelisahkan dan menjemukan. Lalu Islamlah pilihannya, kerana ia menunjuk kepada satu laluan lain yang lebih indah, damai lagi harmoni.

Parti Allah, melalui motivasi, didikan dan pendekatan kasih sayang sedang ditunggu-tunggu oleh manusia sejagat. Pentadbiran atau politik Islam yang bersih dan aman, selamat dan menyelamatkan, akan memukau dunia. Kerana dunia tidak menyangka bahawa selain politik kotor Barat, ada pendekatan politik lain yang amat bersih. Tapi mengapa selama ini ia tidak muncul? Dunia sudah terasa ditipu sekian lamanya.

Perlu diingat, Rasulullah berjaya melakukan Futuh Mekah hanya sesudah 23 tahun berjuang. Mereka yang selama itu menentang Rasulullah, boleh menerima sistem Tuhan sekalipun sesetengah mereka tidak menganuti agama Islam. Bahkan sistem Islam yang dibawa oleh Rasulullah, orang yang bukan Islam pun dapat faedah. Selepas itu era empayar Islam berlaku. Begitu cepat sekali proses ini terjadi walaupun ia melalui proses evolusi yang lunak. Bagai akar pokok yang mencengkam bumi tanpa merosakkan sekitarnya. Peperangan hanya dengan kelompok zalim dan berkepentingan sahaja. Mereka dulu yang mengundang peperangan. Orang yang bukan Islam pun di waktu itu tidak suka dengan kelompok tersebut. Manakala rakyat biasa merindui kedatangan baginda Rasulullah. Panggilan rindu inilah yang membuka pintu daulah dan empayar Islam! Moga-moga sejarah ini berulang di akhir zaman, di kurun ini, yang pasti terjadi kerana faktor janji. Kerana Tuhan janjikan kemenangan bilamana ada mereka yang mengikut jejak sejarah Parti Allah yang ditaja oleh Rasulullah dan para Sahabatnya.

Sesungguhnya rakyat amat rindu kepada pemerintahan Islam yang adil dan baik. Ertinya, mereka merindui seorang pemimpin yang dapat meniru kepimpinan Rasulullah dan PartiAllah. Moga-moga kerinduan ini bererti membuka pintu daulah yang kedua di akhir zaman. Supaya terbukti bahawa Parti Allah-lah yang akan menang. Dan bahawa Parti Allah mampu mendapatkan negara Islam dan empayar Islam. Ia jauh lebih baik dan lebih mampu dari parti politik sekular ala Barat dengan cara pendekatan motivasi, pendidikan, kasih sayang serta akhlak yang mulia yang semua manusia walaupun yang bukan Islam merinduinya.


Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: