Posted by: tasbih | July 13, 2007

Mukaddimah

Perkataan ‘Politik’ asalnya dari bahasa Latin atau Greek tua. Namun ia diterima sebagai bahasa antarabangsa. Semua bangsa di dunia menyebut perkataan politik. Dan kebanyakkan negara di dunia menyebut perkataan politik. Dan kebanyakkan negara di dunia memahami dan melaksanakan politik dengan maksud yang begitu sempit dan silap sekali.

Politik pada umum manusia diertikan sebagai perbuatan merebut jawatan untuk memerintah negara. Bentuk dan sistem pemerintahan negara yang akan dilaksanakan selepas mendapat jawatan itu tidak diberi perhatian serius. Bahkan tidak diheboh-hebohkan sebagaimana diheboh-hebohkan kerja-kerja untuk mendapatkan jawatan.

Berpolitik telah dipesongkan maknanya sebagai menyertai mana-mana badan politik untuk ikut serta dalam pilihan raya. Orang politik difahamkan sebagai orang yang ada parti politik atau menjadi ahli mana-mana parti dan ikut serta dalam pilihanraya yang berlangsung beberapa tahun sekali. Kemudian sama ada dia menang atau tidak dalam undian untuk jadi wakil rakyat atau sekadar menjadi ahli biasa saja, itulah orang yang kononnya dikatakan orang politik. Sebaliknya orang yang tidak berpolitik itu difahamkan sebagai orang yang tidak menjadi ahli mana-mana badan politik, tidak mengundi dan tentunya tidak jadi calon dalam pilihan raya. Oleh kerana erti politik mengikut pandangan umum ialah sistem pilihn raya kerana hendak berkuasa. Oleh kerena terlalu hendakkan kuasa dalam pilihan raya, mereka menghalalkan cara. Cara halal atau haram, cara kotor atau bersih, menghuru-harakan suasana atau melakukan tipu daya, semua boleh mereka laku­kan. Yang penting menang dalam pilihan raya. Setengah-­setengah tempat, bunuh orang pun tidak mengapa. Rasuah pun tidak mengapa. Membeli undi pun dilakukan juga.

Sebenamya erti politik itu dalam bahasa Islam (Arab) ialah ’siasah’. Dalam kamus, ’siasah’ diertikan sebagai ilmu pen­tadbiran. Dengan kata lain, politik itu ialah mentadbir. Atau boleh juga dikatakan politik ialah memikirkan bagaimana hendak mewujudkan segala aspek pembangunan yang ber­kaitan dengan manusia, sama ada pembangunan insaniah mahupun pembangunan material. Juga untuk membina ukh­wah dan kasih sayang antara sesama manusia kerana ukhwah dan kasih sayang itu adalah asas kemakmuran. Dan juga pembangunan yang sudah dapat diwujudkan itu dijaga dan diurus agar dapat dipertahankan dan kekal serta kalau boleh, diusahakan supaya terus berkembang maju. Supaya dengan itu berlakulah peningkatan tamadun rohaniah dan material dalam hidup manusia yang hasilnya memberi manfaat yang luas serta membawa berbagai-bagai kebaikan dan kemudahan kepada manusia. Terutamanya mewujudkan kasih sayang, supaya masyarakat aman damai dan harmoni.

Demikianlah mulia dan hebatnya apa yang diistilahkan sebagai politik atau siasah dalam Islam. Sesuai dengan fitrah semula jadi manusia, tidak kira apa bangsa dan agama. Dan alangkah besamya pahala ibadah yang didapati oleh orang yang berpolitik bentuk ini, yang mengikut lunas-lunas Islam terutama kalau mereka itu orang nombor satu. Kalau bukan orang nombor satu, setidak-tidaknya mereka hidup aman damai dan berkasih sayang di antara etnik dan bangsa dan di antara berlainan fahaman agama. Kerana dalam sistem ini manusia bukan lagi berebut dan bergaduh kerana jawatan tetapi berlumba-Iumba untuk membuat kebaikan.

Supaya lebih difahami tentang erti politik yang sebenar­nya, mari kita lanjutkan huraian tentangnya. Untuk melak­sanakan politik atau untuk menjadi orang politik, kita mestilah melakukan kerja-kerja mentadbir sama ada mentadbir ma­nusia itu sendiri atau hal-hal yang berkaitan dengan manusia. Yakni mengendalikan persoalan-persoalan kehidupan dari yang kecil hinggalah kepada persoalan alam sejagat. Di antara peringkat-peringkat kehidupan yang mesti ditadbir itu ialah:

1.    Politik rumah tangga

2.    Politik jemaah

3.    Politik negeri

4.    Politik negara

5.    Politik ummah (sejagat)

 Manakala di dalam tiap-tiap peringkat tadi terdapat lagi berbagai-bagai pecahan bidang yang ditadbir secara khusus. Di antaranya:

1.   Politik pendidikan

2.    Politik kebudayaan

3.    Politik penternakan

4.    Politik kesihatan

5.    Politik ekonomi

6.    Politik pertanian

7.    Politik kepolisian

8.    Politik kenegaraan

Dengan itu fahamlah kita bahawa golongan politik bukan mereka yang ada kuasa memerintah atau yang masuk parti politik sahaja, tetapi mencakup semua golongan pentadbir. Cuma biasanya golongan pemerintah ialah pembuat polisi atau dasar pentadbiran. Manakala golongan pelaksana itu ialah mereka yang menjalankan polisi dan dasar yang di­arahkan.

Seorang yang memiliki 20 ekor kambing, kemudian men­tadbir kambing-kambing itu hingga dapat makan dan minum dengan cukup, dapat tempat tinggal, keselesaan dan perlin­dungan, kesihatan, tidak mengganggu jiran dan sebagainya, hingga kambing-kambing itu hid up subur, membiak dan mem­beri hasil yang banyak, dan tidak memudaratkan orang lain maka itulah dia orang politik penternakan yang sang at baik dan berjaya. Dia hakikatnya orang politik di bidangnya. Wa­laupun dia tidak ada apa-apa jawatan, tidak masuk pilihan raya, tidak jadi calon, namun hakikatnya dia berpolitik dan berilmu politik yang baik dan yang sebenarnya.

Demikianlah juga dengan orang lain di bidang lain. Sekira­nya dia melakukan kerja mentadbir dengan baik dan tidak mengorbankan kasih sayang, dia ialah orang politik yang sebenarnya. Dia selamat dan menyelamatkan. Sebaliknya se­orang wakil rakyat yang telah menang dalam pilihan raya, kalau dia tidak ada sebarang projek untuk ditadbir, tidak mengusahakan untuk mendidik manusia dan tidak ada pem­bangunan untuk dimajukan bagi kepentingan rakyat, maka hakikatnya dia bukan orang politik. Kalau setakat memberi wang pada rakyat supaya rakyat bangunkan projek, itu belum layak untuk dikatakan berpolitik. Sekurang-kurangnya dia mesti mendidik rohaniah rakyat, memberi idea, menunjuk cara, mengatasi masalah dan ikut serta dalam jatuh bangun mengendalikan sesebuah projek. Kalau timbul masalah, dia tahu bagaimana menghadapinya dengan sebaiknya dengan tidak mengorbankan kasih sayang. Barulah mungkin wakil rakyat tersebut boleh dinamakan orang politik yang sebenar­nya.

Demikianlah dengan contoh-contoh lain di bidangnya. Sekalipun seorang menteri, kalau dia tidak mentadbir, yakni tidak mengusahakan pembangunan insan dan material untuk rakyat, tetapi hanya setakat mentadbir pejabat, atau dia mentadbir dengan mengorbankan kasih sayang, hakikatnya dia bukan orang politik. Atau dia boleh dikatakan orang politik yang tidak berpolitik.

Saya perhatikan di negara-negara seluruh dunia hari ini,  

ramai sekali orang politik yang tidak berpolitik. Mereka ini mendapat untung dari jawatannya tetapi sedikit sekali mem­beri keuntungan kepada negara dan rakyat. Setengah-se­tengah mereka pula bukan saja tidak menguntungkan negara tetapi merugikan dan buat masalah yang besar-besar pada negara. Mereka menggugat perpaduan dan kasih sayang an­tara rakyat. Golongan ini bukan sahaja orang politik yang tidak berpolitik tetapi suka saya istilahkan sebagai orang po­litik yang jadi perosak dan pengacau negara. Tetapi malang sekali rakyat seperti tidak sedar atas penipuan dan kesalahan ini. Rakyat terus digula-gulakan untuk terus mengangkat atau mengundi orang-orang yang berpura-pura itu sebagai ketua atau pemimpin mereka. Hingga begitu sekali dunia politik ini dikotori dan disalahgunakan dengan menjual nama Islam. Islam tidak menyuruh kita berpolitik kotor seperti itu. Islam sangat menjaga kasih sayang. Kasih sayang itu kepunyaan sejagat atau kepunyaan bersama. Semua bangsa, semua etnik, semua fahaman agama memerlukannya .

Sebaliknya terdapat pula golongan manusia yang sibuk membangun dan merancang bermacam-macam projek dan aktiviti seperti membangunkan kompleks pendidikan, eko­nomi, hospital dan klinik, kilang-kilang dan kedai perniagaan, media massa, perkampungan, pejabat, aktiviti ternakan, per­tanian, dakwah, kepimpinan, kebajikan dan lain-lain lagi hing­ga tercetusnya satu sistem masyarakat. Bahkan mereka bagai­kan sebuah kerajaan. Namun mereka diselar sebagai golongan tidak berpolitik. Mereka dikatakan tidak berjuang dan ber­salah kerana menafikan satu aspek penting dalam Islam iaitu politik. Padahal mereka itulah orang politik yang sebenarnya. Walaupun sudah begitu gah dan masyhur perihal pem­bangunan masyarakat dan khidmat-khidmat yang mereka sumbangkan, namun mereka tetap dikatakan bukan golongan politik. Walau sudah jelas kemampuan kepimpinan mereka, pun tetap masih dituduh tidak berpolitik hanya kerana mereka tidak masuk parti politik. Seolah-olah seorang yang dilihat menyangkul, menanam, menjaga dan memetik hasil tanaman, kemudian dia dituduh bukan petani kerana dia tidak masuk institusi pertanian dan tidak ada sijil pertanian. Munasabah­kah?

Begitu sekali tertutupnya fikiran dan mata hati manusia dalam melihat erti politik yang sebenar. Ini adalah kerana kesilapan cara menilai yang sudah dipaksakan atas mereka sekian lama. Mereka hanya difahamkan tentang politik se­kular Barat. Rakyat patut sedar termasuk orang Islam sendiri yang bersikap sedemikian itu bahawa sebenarnya mereka yakni golongan yang disebut di atas itulah orang-orang politik. Wa­laupun pasti golongan mereka tidak didaftarkan sebagai parti politik tetapi hakikatnya merekalah orang politik yang sebenar yang tidak ada parti. Mereka menempuh satu kaedah politik atau satu sistem politik yang berbeza dengan politik Barat. Inilah definisi dan pendekatan politik yang lebih tepat dan bijak. Dan masyarakat perlu diputar fikiran mereka untuk melihat kebenaran ini. Supaya kit a tidak selamanya tertipu oleh Barat dan Yahudi. Moga-moga Tuhan izinkan buku ini membawa mesej ke­benaran tentang kekeliruan umat dan kesalahan menilai erti politik. Moga-moga dengan itu kita dapat kenal siapakah sebe­narnya orang politik dan siapa yang bukan. Dan seterusnya dapat kita tahu bagaimana cara-cara berpolitik yang sebenar­nya.  


Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: