Posted by: tasbih | July 13, 2007

SAJAK: CARAKU LAIN, CARAMU LAIN

Apakah engkau ingat aku setuju
Dengan orang yang zalim dan penzaliman?!
Apakah engkau anggap aku tidak berjuang
Menentang kezaliman dan pemimpin yang zalim
Jangan-jangan dengan izin Allah Taala
aku lebih menentang darimu
Cuma jalan dan cara aku lain
Dan jalanmu lain
Mungkin caraku lebih benar dari caramu
Engkau melepaskan kemarahan
Sedangkan Islam menyuruh
menyembunyikan kemarahan
Aku marahkan diriku sendiri
Mungkin kerana dosaku dan dosa orang lain juga
Allah datangkan pemimpin yang zalim
Kerana itu aku lawan kezaliman
dengan membaiki diri
Serta aku ajak pengikut-pengikutku
Aku mendoakan mereka yang zalim
Bukan memaki-hamun
Tidakkah kamu tahu
di dalam kitab ada menyatakan
Bahawa apabila rakyat sudah jahat
Allah hukum mereka dengan didatangkan
pemimpin yang zalim
Ertinya kejahatan pemimpin itu
kerana kejahatan kita
Kezaliman pemimpin itu kerana kezaliman kita
Mungkin caraku ini nafsumu tidak setuju
Tapi jiwa yang murni menerima
Yang lebih baik, baikilah diri
Kalau mampu nasihat, nasihatkan mereka
Di samping doakan
Bukan melepaskan marah
Tidak juga melepaskan geram
Jangan kejahatan dibalas dengan kejahatan
Jangan dendam dibalas dengan dendam
Biarlah penzalim itu mengorbankan akhlaknya
Tapi kita menegakkan akhlak
Nanti orang ramai akan melihat dan menilai
Allah dan Rasul sudah pasti menilai
Bila bunga diri ada pada kita
Insya-Allah, rakyat akan menolak mereka
dan menerima kita
Begitulah caranya berhadapan dengan penzalim
dan kezaliman
Memang nafsu tidak boleh terima
Tapi orang yang jiwa murni pasti menerimanya

(Selepas Zuhur 29 – 07 -1999 )


Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: