Posted by: tasbih | July 13, 2007

SAJAK : Pejuang Yang Berlakon

Ada orang berjuang terutama di dalam parti politik
membuat sibuk ke sana ke mari
membuat bantuan sekali-sekala
mencari nama dan glamor
Supaya orang ramai menyangka mereka pembela
Duit dan benda untuk membela
minta daripada kerajaannya
Selepas itu tidak ada kemajuan yang dibuatnya
Sebuah kedai runcit pun tidak ada
Syarikat yang besar-besar orang lain yang punya
Soal agama tak usah dikira, dicuaikannya
Halal haram tidak diambil kira
Pemimpin-pemimpin politik merestuinya
Bahkan gembira
Begitulah pejuang-pejuang politik terutama pemuda pemudinya
turut buat-buat sibuk
Bahkan menyibuk
Rakyat yang tak faham
kerana buta fikiran dan jiwa menganggap mereka pembela
Yang sebenarnya mereka menipu bangsanya
Berlidung di sebalik bantuan mereka, sekali-sekala
Bila hendak pilihan raya
mereka sibuk mencalon dirinya
Kemudian menganggap mereka sudah berjasa
Mereka yang gagal dicalonkan
meminta projek pula
Semua dibuat untuk kepentingan peribadinya
Yang sebenarnya mereka berlakon
membela rakyat

Yang sebenarnya mereka bukan pembela rakyat
Perkara yang tersirat
mereka adalah pengkhianat rakyat
Lebih-Iebih lagi mereka perosak agamanya
Tetapi rakyat kebanyakannya
sudah rosak fikiran dan jiwanya
Masing-masing tidak sedar diri
tipu daya mereka

•3.40 petang,
Sabtu 22 -10 – 2005
19 Ramadhan 1426 H

Palitik Gelanggang Mencari Makan
Sekarang ini politik bukan gelanggang perjuangan menegakkan keyakinan Ia telah dijadikan gelanggang
tempat mencari makan
Rakyat telah dialatkan atau diperjudikan
Ia sudah terlalu kotor bagaikan tempat pelacuran Kerana tempat cari makan
ia telah jadi politik wang
Siapa yang berjaya di dalam politik seolah-olah mendapat satu kawasan ladang yang penuh dengan tanaman
Di ladang itu dia boleh mendapat kekayaan Atau siapa yang berjaya di dalam politik seolah-olah mendapat factory besar tempat mengeluarkan barang
Di situ dia menjadi jutawan tanpa perniagaan Berebut-rebutlah mereka bergelanggang
di dalam politik melalui parti politik
Apa sudah jadi
bukan bertarung dengan parti lawan bertarung sesama sendiri
Bertarung sesama sendiri di dalam sebuah parti untuk menguasai parti
Kerana di situ ada kekayaan tanpa perniagaan dan boleh jadi jutawan
Tikam kawan sendiri, khianat-mengkhianati jatuh-menjatuhkan
di sesetengah negara berbunuh-bunuhan Daripada gelanggang politik yang kotor itulah lahir para pemimpin
menjaga negara dan rakyat dan agama Maka lahirlah
penyangak-penyangak negara dan bangsa yang bertauliah

Lahirlah lanun-lanun terhormat pencuri-pencuri berlesen
mengaut wang rakyat dan negara Rakyat mengharap setiap musim
agar nasib mereka dibela oleh pemimpin mereka Yang senang hanya segelintir
yang susah dan menderita itulah yang ramai Tunggu lagi setiap musim pilihan raya
Agar lahir pemimpin-pemimpin pembela rakyat dan cintakan negara
Hasilnya sama juga
Begitulah rakyat di kebanyakan negara menunggu pembela
dari musim ke musim pilihan raya Jawapannya samajuga
apa yang berlaku sebelumnya berlaku perkara yang sama
Begitulah nasib rakyat di negara demokrasi Hanya mengharap dan mengharap harapan tidak kunjung tiba
Begitulah terjadi di setiap pilihan raya nasib rakyat tetap tidak terbela
• Menjelang tidur 17 – 03 – 2004


Categories

%d bloggers like this: