Posted by: tasbih | July 13, 2007

SAJAK : PEMIMPIN SEJATI PEMIMPIN CONTOH

Peringatan untuk umat Islam!
Kalau seseorang itu baru sahaja berhenti jadi pemimpin sudah tidak dihormati orang,
itulah dia dahulu tidak layak menjadi pemimpin dijadikan juga pemimpin
Pemimpin yang layak itu selagi hidup sekalipun sudah bersara tetap dihormati orang
Jika seseorang itu selepas bersara tidak jadi tempat rujuk lagi
itu juga bukan pemimpin yang sebenarnya
Pemimpin yang sebenar selagi hidup sekalipun sudah bersara tetap dijadikan tempat rujuk orang
Sekiranya seseorang pemimpin selepas bersara,
masih hidup lagi sudah dilupakan orang lebih-lebih lagi bukan pemimpin yang sejati
Pemimpin sejati itu sekalipun sudah bersara
selagi hidup dia tetap dikenang orang diingat dan disanjung tinggi
Seorang pemimpin itu sekalipun sudah berhenti dia tetap dirindu dan disayangi
Kalau ada dengan tidak ada sama sahaja orang tidak terasa apa-apa
dia bukan pemimpin yang hakiki
Pemimpin yang hakiki itu selagi hidup walaupun sudah bersara dia tetap diziarahi orang
Orang tetap sayang orang suka berkhidmat untuknya sekalipun sudah tidak ada jawatan itulah dia pemimpin
Lebih-lebih lagi seseorang itu tidak layak jadi pemimpin
waktu ada jawatan dihormati setelah bersara orang tidak peduli
Bahkan ada setengah orang di masa memimpin dia disanjung tinggi kerana ditakuti setelah bersara dicaci maki
Kebanyakan pemimpin di akhir zaman sebenamya bukan pemimpin sejati
Buktinya setelah tidak menjadi pemimpin orang tidak ambil peduli
Bahkan dia pun tidak begitu minat hendak bergaul secara umum
kerana dia sedar orang sudah tidak peduli bahkan tidak dihormati
Dia terpinggir dengan sendiri, membawa diri kerana malu rakyat sudah tidak peduli
Ada kalanya bersembahyang di masjid yang sama di waktu menjadi pemimpin
berebut-rebut orang hendak bersalaman setelah berhenti orang tidak peduli
Begitulah pemimpin umat Islam hari ini
Kerana itulah
sudah berpuluh-puluh tahun merdeka bangsa tidak ada kekuatan
perpaduan tidak wujud
kerana pemimpin tidak ada wibawa
Seluruh negara umat Islam
begitulah masih bermasalah
Kerana tidak ada seorang pemimpin
yang benar-benar bertaqwa dan berwibawa
hingga dapat memberi kekuatan kepada bangsanya
Apabila tidak ada perpaduan tidak ada kemajuan tidak ada kekuatan disalahkan rakyat tidak ada kesedaran
Rakyat dengan pemimpin seperti anak-anak di dalam satu keluarga dengan ayahnya
Kalau anak-anak hidup lintang-pukang tidak ada kasih sayang, krisis berpanjangan menunjukkan si bapa tidak layak menjadi bapa
Bapa tidak mampu mempersatukan anak-anaknya tidak pandai mendisiplinkan anak-anaknya tidak pandai mendidik anak-anaknya
Bilakah umat Islam mendapat seorang pemimpin yang menjadi contoh kepada semua negara umat Islam
Yang dengan pemimpin itu umat Islam bersatu, berdisiplin, berakhlak taatkan Allah, membangun dan maju
Kurang sangat jenayah kerana orang sudah takutkan Allah

Menjelang tidur
08 – 03 -2004


Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: